Click here for Myspace Layouts

Saturday 10 September 2011

Jika Diri Merindukan Seseorang



Masihkah ada ingatan yang menyapa
melewati tirai jendela kamar hatimu
bermusim-musim kurasa semakin jauh
seharum aroma melati
merentasi waktu-waktu lena
cerita lama kita.
Masihkah ada ingatan yang membisik
menjernih linglung sukmamu
bermusim-musim namun tidak pernah hilang
kudengar suara batuk ombak yang tenat
pecah berderai di pantai
menyaksikan ranting-ranting mimpi
patah satu-satu.
Bukan mudah untuk melupakan sebuah kelukaan
bersusun dalam sanubari utuh terpateri
apatah lagi menghilangkannya
akan memacak rasa derita
masa silam kita menjadi kenangan berkaca.
Masihkah ada lagi ingatan yang menyapa
ah, jika benar katamu
itulah pengalaman yang mengajar
agar tidak dilukai lagi.
Ia tidak mengira waktu tika kusebut
tapi yang paling sering apabila
hujan rintik-rintik di luar jendela
beberapa kenangan hinggap di kacanya
garis-garis calar kaca
titis-titis calar awan
semuanya melembutkan perasaan
- tetapi amat melukakan.
Di sebuah pantai mentari jatuh ke muka laut
aku menyebut keindahan,
di kaki lembayung itu ia menyebut namaku
jikalah kau mentari, lautku kering
jikalah kau hujan, sungaiku banjir
ada suka dan duka pada bicaranya
tetapi duka itulah yang lebih
mencatatkan rindu.
Demikian lama ia menyembunyikan puisi-puisinya.
kecewa atau rindukah tanpa sempat kubaca
ia telah membakarnya di bawah mentari
engkaukah yang pilu atau akukah yang terharu
keharuan itulah yang membakarku
tanpa waktu
Ia amat bersahaja
diam tanpa persoalan
bagai lembayung mengenangnya suatu keindahan
bagai awan lembutnya menumpaskan
matanya, suaranya adalah ilham
Dialah kelembutan pertama
mampir di padang senja
menentang matanya bagai menahan gelombang
seperti lima tahun dahulu
sebelum ada rindu yang lain
telah kucatatkan rindunya..



sesungguhnya aku terlalu merindukan seseorang yang telah membuatkan aku disayangi dan selalu diambil berat. .
aku rindu saat itu . . .
Anda semua pernah merasainya ??
jangan sia-sia kan orang yang sayangkan diri anda didepan mata,sama ada cantik @ hodoh kerana itu semua adalah pertemuan dari Allah SWT . .
begitu jugak aku yang menulis blog nie pada pukol 4pagi ( jam di laptop )
fikirlah sebelum luahkan kata-kata pada yang tersayang,kerana ada yang baik dan buruk tidak dapat diterima oleh si Dia yang tersayang. . .rugi kepada sesiapa yang berpaling tadah,terimalah dia dengan seadanya sama ada teruk bebeno perangai dia,sayangilah dia dengan seikhlas hati..jangan biarkan hati mereka dilukai oleh perbuatan kita yang ambil mudah pada diri dia..ingatlah pesan aku nie kawan-2 . . 
tak sakit ke hati bila si dia pergi akibat perbuatan kita dan apabila malam kita terkenang-2 kan dia ???
sakit beb,macam aku rasa sekarang nie . . mungkin ini balasan aku selama ini terhadap dia. . .
salam




Thursday 8 September 2011

Raya Yang Tiada Makna . . .


RAYA ??
raya tahun nie memang tak berapa nak menjadi laa . . .
duet raya takde,gf takde time 1st day raya . . 
aduiii,malam raya hari tu aku dengar takbir memang tak boleh tahan laa tapi aku tahan jugak . .
Ya Allah,sedih yang teramat . . 
kenapa lah yerkkk,haishh macam2 terjadi . . 
lepas tu,ada pulak story yang macam sial laa . . 
sampai hubungan aku dan dia da takde,relationship pown hilang untuk seketika . . 
Arghhh ! !  ! tak larat dah nak berdiam diri,macam2 bermain difikiran aku sekarang nie . . 
bermacam orang aku fikir,apabila teringat kenangan dulu,perghhh ! ! !
memang tak boleh nak digambarkanlah. . . .
sayu jerr aku dok kat tepi tingkap malam raya tu tengok mercun yang dilancarkan ke udara. . 
raya nie aku kurang berjalan,dudok kat umah on9 fB jer sampai sudah . . 
sedih2 . . nie pown aku xberaya lagi dengan syuhada . . 
tak bermaafan lagi . . 
entah bila nak jumpa,dengan tak contactnya,tak sanggup beb tapi terpaksa terima semua nie . . 
kehendaknya. . .dia pon bole terima semua nie walaupun terpaksa . . 
betul tak sayang ?? :(
macam2 cerita lagi ada tapi tak tahu nak taip dan mula dari mana . .
hahaha,ok lah sampai sini jer laa aku menaip . .
mungkin malam2 jap ag ada lagi yang nak dituliskan . .